sistem kehakiman dh digubal..?? xde mkne nye

Janganlah cuba nak tipu kami.Kami ni walaupun tak ngaji tinggi, tapi kami gheti juga. Gheti sungguh bila baca berita di sini

Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan pada pertengahan September sebagai membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap tiga orang awam, bertentangan dengan pendiriannya bahawa undang-undang itu hanya sepatutnya digunakan bagi mengekang pengganas, anasir subversif dan pihak yang cuba menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan

Zaid kecewa dengan tentangan yang dihadapinya dalam Kabinet ketika mendesak untuk perubahan dalam badan kehakiman

Ketua Hakim, Zaki telah dituntut oleh Karpal Singh supaya meletakan jawatannya .Lihat tulisan ini .Karpal Singh berjaya dalam usahanya mendapatkan 57 anggota Parlimen untuk membincangkan perilaku beliau di Dewan Rakyat.

Adakah Institusi Kehakiman Negara kita telah pulih apabila memberi bayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada enam hakim , bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Azmi Kamaruddin yang dipecat akibat salah laku kerana didakwa menentang usaha Perdana Menteri ketika itu?

Bagaimana pula dengan isu tuduhan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak sekian lama menuduh "campur tangan" dalam badan kehakiman, mengalualukan keputusan dalam kemenangan pusingan pertamanya di Mahkamah Sesyen yang memutuskan sebagai tidak sah sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Jangan lupa pasa isu 'Korek! korek! korek! ' dulu tu ; apa sudah jadi? Adakah lepas gitu saja?

Ah! Aku tak boleh percaya dengan sistem kehakiman yang ada sekarang ini!
0 Responses

Post a Comment