tips kurus badan

Kisahnya begini, ada seorang lelaki yang gemuk masuk ke pusat “fitness center” untuk menguruskan badan. Petugas di kaunter memberitahu lelaki tadi, "Kami menawarkan 2 program disini, untuk program “biasa” harganya RM50 dan untuk program “pantas” harganya RM100.

Mamat tu pun berkata, "Saya ingat yang biasa sajalah, sebab saya ni baru nak cuba kuruskan badan." Setelah selesai pendaftaran dan membayar deposit.

"OK.., encik sila masuk ke bilik No.5 di penjuru bilik sana," petugas kaunter berkata sambil menunjukkan arah.

Mamat tadi pun masuk ke bilik itu dan menutupnya. Selang beberapa minit kemudiannya, seorang wanita cantik, lawa, body best dan mantop masuk ke dalam bilik itu, dia kemudiannya menanggalkan pakaian sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk, hingga berpeluh dibuatnya kerana terlampau teruja dan ghairah memuncak.

Perempuan tadi berkata, "kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu, apalagi mamat tadi pun tak lepaskan peluang terus mengejar perempuan tu seperti seekor kambing jantan yang nampak kambing betina, kejar punya kejar sampai 10 minit pun masih tak dapat lagi, tapi mamat tu terlalu ghairah untuk kejar lagi hinggakan jatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila sedar, dia bangun dan terus ke alat penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kilogram dan "wow.. memang senang nak turun berat badan… memang berbaloi aku bayar RM50 tadi" katanya seorang diri.

Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut, dia ditegur oleh petugas kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam, mamat tadi memilih untuk mencuba program 'pantas' pula dan membuat pembayaran, dalam akalnya kali ini mesti best punya, kalau program “biasa” kena kejar perempuan bogel, dan kali ini program “pantas”. dan….. sambil tersenyum….

"Baiklah, encik boleh masuk ke bilik No. 6 di situ ya..." kata petugas kaunter.

Mamat tadi pun masuk ke bilik itu dan terus melondehkan pakaiannya sambil berangan-angan, setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang “body builder” yang badannya berotot dan sasa, terus menanggalkan pakaianya sambil body builder itu berkata "Saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat ... ... hehhehheee"
0 Responses

Post a Comment