Siapa Nak USD3000

Gerakan Mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak USD3000 (Tiga Ribu Dollar Amerika) bagi setiap orang yang sudi menikahi wanita janda yang ditinggal Syahid (insya Allah) oleh suaminya akibat pencerobohan tentera Zionis Yahudi.

Tawaran itu diberikan oleh Hamas untuk meringankan beban para wanita janda. Setelah menikah, suami yang baru diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh ketua rasmi Hamas dan disokong oleh Pemimpin Al-Mokhtsar, pada Selasa (17/3/2009).

Setiap lelaki yang ingin menikahi wanita janda dan ingin mendapatkan wang tunai itu harus memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan, mereka harus mampu bertanggung jawab terhadap wanita yang ingin dinikahi, harus bertanggungjawap terhadap agama Islam, berakhlak yang baik, dan memberikan tempat tinggal bagi isterinya yang baru serta menjaga anak-anaknya, jika wanita janda itu memiliki anak.

Pencerobohan tentera yang dilancarkan oleh Zionis Yahudi telah mengorbankan, sekurang-kurangnya 960 warga awam Palestin yang meninggal dunia, 239 polis dan 235 para mujahidin juga meninggal.



Dari jumlah itu sebanyak 288 kanak-kanak dan 121 wanita merupakan sebahagian dari korban awam yang meninggal akibat pengeboman dan ditembak. Kementerian Kesihatan Palestin juga mengesahkan jumlah korban luka sebanyak 5,303 orang, diantaranya adalah 1,606 kanak-kanak dan 828 wanita.


Sumber : Palestin(arrahmah.com)

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    nk2http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/4.gif


  2. nur 'izzat Says:

    ;;) nk kawen..


Post a Comment